thanks.....

thanks.....

Translate

Terukir satu kata, tersemat dalam jiwa...

Tiap kata yang tertulis, penuh dengan kasih sayang,
penuh erti kehidupan,

setiap kata yg diungkap, setiap kata yang tercoret adalah tanggungjawab yang harus dipikul yang akan dihitung satu masa nanti...

kata2 itu amanah ALLAH...
moga dapat disampaikan dengan baik...
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran...

terima kasih melawat blog ini... jemput datang berkunjung lagi...

Monday, February 18, 2013

Setia dengan-NYA


Aku tetap akan terus setia dengan-NYA
Allah tidak akan  menguji hamba-NYA dibawah kemampuan makhluk ciptaan-NYA
Disebabkan itu jugalah aku bersyukur atas ujian yang diberikan..Walaupun diuji dengan beberapa perkara duniawi, namun, aku masih lagi sihat, mampu berfikir dengan waras, boleh melihat dengan baik, masih disenangi oleh orang disekeliling, dan yang paling penting masih diberi kesempatan untuk terus melakukan amal kebajikan dalam mencari keredhaan Illahi....
Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tidak sedari disebalik resam duniawi ini... Yang pasti keyakinan tu bertambah kuat tatkala diuji dan aku merasa dekat dengan Illahi, Aku pasti Allah sentiasa ada bersamaku....
Disebalik ujian ini, aku lebih menghargai setiap apa yang ada disekilingku...
Lebih menghargai erti nikmat Kesihatan, kasih sayang, kekeluargaan, persahatan, nikmat kesempatan dan nilai masa...
Dan dari ujian ini jugalah, kekuatanku terus utuh bersama-NYA...aku harapkan hubunganku dengan yang Maha Pencipta berterusan selama-lamaNYA...



“Hidup ini adalah perjalanan yang mendewasakan,
dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan,
Ikhlaskan hati, sebarkan kasih sayang sesama insani,
manfaatkan la setiap detik masa, ilmu pengetahuan dan harta kurniaan Illahi ke jalan yang diredhai.
Moga redha Illahi sentiasa ada menemani perjalanan yang bakal kita akhiri.
Moga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati dan rahmat Illahi sentiasa memayungi.

p/s: Kesetiamu kehargai, mak dan ayah, terima kasih. “
~Nurul Atiqah Ramli~

Tuesday, February 12, 2013

simple gathering but awesome


singkat, ringkas tapi padat.... 
penuh kasih n sayang 
itu yang lebih utama...

se busy manapun kita,
masa bersama keluarga perlu ada,
biar sekejap,
tapi jadikan ianya bermanfaat...

hargailah masa bersama keluarga...


p/s: saya sangat sayangkn keluarga saya kerana Allah
miss u all..
moga sama2 menjaga silaturrahim hingga ke syurga... aminn 

Saturday, February 2, 2013

Persahabatan dan kasih sayang

Dengan siapa kita berkawan, mempengaruhi corak pemikiran dan tingkah laku kita.... 
berkawan dengan orang yg negetif pemikirannya cenderong untuk kita menjadi negetif dan 
berkawan dengan orang yang positif  dan penuh kasih sayang sedikit sebanyak memberi impak yang baik dalam hidup kita....  

kebiasaannya la kan.....

Namun, jika kita punyai jati diri yang kukuh, bagaimana skalipun kawan disekeliling, meskipun seorang itu negetif pasti tidak akan menggugat kita.... 
haaaa... Jati diri ini lah penting.....
silap haribulan, kawan itu yang ikut cara kita... 
kalau ikut menjadi positif, Alhamdulillah.... 
kita lah yang jadi role model positif untuk mereka.... 

Jadi, berkawanlah dengan ramai orang supaya kita dapat belajar mengenali perwatakan manusia dan mengambil kebaikan dan pengajaran disebalik perwatakan mereka....

Janganlah takut untuk bersahabat, pasangkan jati diri seutuhnya....
pegangan agama kene mantop....
InshaaAllah sesiapapun kawan, sahabat kita nanti pastinya membawa seribu satu kebaikan dunia n akhirat...

sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak kawan kn... 
jika ada salah silap , orang kata bende kecik jangan diperbesarkan...
jadi sama2 lah jaga hubungan itu...
mana tak nya, 
kawan2 ni dah macam adik beradik kot
kita belajar jauh dari mak n ayah n adik beradik,
orang yang paling dekat kita boleh minta pertolongan daripada kawan2 la...

Jadi hargailah kawan2.....

Bila dah ada kawan tu, doakan lah sama2 kejayaan dunia n akhirat...
berterima kasih lah pada mereka dan Syukur pada Allah,
kerana Allah jadikan mereka untuk menceriakan kehidupan kita didunia
Moga persahabatan terjalin kekal hinggal ke SYURGA.... 





p/s: kepada kawan2 saya semua, saya sayang korang semua... terima kasih kerana setia bersama saya.... moga persahabatan ini membawa kita ke Syurga bersama2...