Perjalanan hidup yang mendewasakan...
Hanya Dia Maha mengetahui apa yang kita lalui,
Perjalanan ini untuk temui dia nanti
disulam cabaran dan rintangan kuatkah kita melangkah kehadapan
bertahankah kita dengan pegangan dan impian
beranikah kita mara kehadapan...
perjalanan ini adakalanya rasa sungguh menghampakan
ada juga rasa tersiksa dek kerana diri yg hilang punca
lemah memikirkan ujian n cabaran hingga kadang alpa
dan sibuk mengadili kerja Tuhan Yang Maha Esa..
Tapi Tuhan santun dan lembut dalam teguran
memberi peluang dan waktu
meski banyak waktu sia2 berlalu pergi
kerna DIA beri ruang untuk diri
kadang tersalah tafsir ujian dan cabaran
sedang itu petanda pulang hamba mengadap tuhan,
rintihan kita dendanganya dirindui illahi,
kerna terlalu lama tidak didengari...
Syukur DIA adakan waktu untuk kita,
kerna bukan semua Dia beri masa,
Moga hidayah milik kita,
KemapunanNYA pengakhir yang indah untuk kita pendosa.