Ya Allah kiranya diri ini banyak dosa, ampunkan la dosaku,..
Tunjukkan la aku jalan yang lurus, jalan yang engkau
redhai..
Mungkin dalam tidak sedarku, aku telah membuat dosa padamu,
Menyebabkan hatiku rasa gusar seketika,
Bersihkan la hatiku ni ya Allah, yang maha kaya, maha
memahami,
Aku insan biasa yang sentiasa berusaha meletakkan cinta-MU
tertinggi dalam hati-ku
Janganlah kiranya engkau tarik perasaan itu
Kerana tanpa cinta-MU aku bukan sapa2,
Izinkan lah cinta-MU terus mekar dalam hatiku....
Aku rindu pada-MU ya Rabb..
No comments:
Post a Comment