thanks.....

thanks.....

Translate

Terukir satu kata, tersemat dalam jiwa...

Tiap kata yang tertulis, penuh dengan kasih sayang,
penuh erti kehidupan,

setiap kata yg diungkap, setiap kata yang tercoret adalah tanggungjawab yang harus dipikul yang akan dihitung satu masa nanti...

kata2 itu amanah ALLAH...
moga dapat disampaikan dengan baik...
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran...

terima kasih melawat blog ini... jemput datang berkunjung lagi...

Thursday, November 22, 2012

Batas-MU untuk ku bahagia ke syurga


Dunia adalah tempat persinggahan untuk kite,
Singgah mengumpul bekalan2 terbaik untuk pulang ke tempat asal,

Ibarat cam kite g melancong gitu,
Seronok g tempat org melawat, shopping n sebagainya,
Tapi kite xleh duduk lama2, sbb kite diberi tempoh masa untuk duduk bercuti di Negara org,
Nk balik tmpt tinggal kite, mesti kite belikan buah tangan, cenderahati untuk keluarga, sahabat2 kan, sebagai kenang2an..
Jadi nk related kn dgn dunia persinggahan ni,
Tempat melancong Negara org sebagai dunia sementara
Tempat yg ingin kite kembali adalah  syurga (tempat asal usul kite)
Cenderahati2 yg kite nk bw pulang adalah kebaikan2 kite, untuk package ke syurga,
Hakikatnya dunia yang sementara ini memang seronok,
Macam2 ‘manusia’ cuba untuk explore...
Boleh jadi sebab keseronokan itu ‘manusia’ lupa tempat kembali....
Itu lah ujian untuk kite....

Kite yg memilih
Cara untuk kembali
Adakah melencong ke simpang neraka (nauzubillah) atau jalan yang lurus ke syurga??

‘Batas’ yang menjarakkan kita dengan syurga n neraka?
‘Batas’ yang bagaimana???
‘Batas’ yg telah digariskan oleh sang Pencipta ALLAH
Rule...
Buat lah ape2 sahaja didunia ini, asalkan tidak melanggar ‘batas’ yg telah digariskn yg tertulis jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah...
Ujian terbesar manusia adalah nafsu dalam diri sendiri...
Kerana nafsu boleh jadi manusia itu baik dan berjaya
Kerana nafsu boleh jadi manusia itu rosak n binasa akalnya
Nafsu tidak dikawal mampu merosakkan impian pulang ke syurga
Kenapa??
Kerana nasfu itu halus n mudah dipengaruhi oleh anasir luar yg cukup terpengaruh
Ape lagi x kalo bukan syaitan n sekutunya...

Dunia kadang kala selalu org ckp kejam.....
Tapi sebenarnya dunia xkejam pun, manusia sendiri yg buat kejam membuat dunia huru hara,
Semuanya sebab nafsu...
Bila nafsu hilang pertimbangan
Org mula kejar dunia,
Kemewahan, pangkat, duit, harta
Popularity, pujian dari manusia lain,
Kepuasan palsu, pembaziran n sebagainya
Yang pasti kadang kala tanpa mereka sedari
Penindasan, kezaliman n penginayaan telah berlaku...

Dimana letaknya kemanusiaan???
Dimana perginya simpati???
Dimana hilangnya nilai kasih sayang n bertolak ansur seperti tauladan Rasulullah?

Bila paksi sebenar telah lenyap, begini la jadinya...
Paksi yg bagaimana?
Paksi; iaitu matlamat untuk ke syurga dengan berbataskan ape yg telah diamanahkan...
Selagi ada masa ruang n waktu hayat yang masih diberi,
Maka masih sempat untuk kita kembali ke jalan yg benar,
Kembali membetulkan matlamat n tujuan mencari redha ilahi dalam setiap nafas yg dihembus
Setiap tutur bicara, langkah demi langkah...dan demi setiap kata yg terucap...
Sesungguhnya masih ade masa untuk menundukkan nafsu yg merosakkan...
Kerana ALLAH Maha menerima Taubat, maha member kurnia n maha pengampun dan maha penyayang
Kerana setiap detik yg kite lalui,
Hanya DIA yg tau pengakhirannya bagaimana
Kebaikan, keimanan seseorg tidak boleh diukur dengan perbandingan antara masa dan jumlah kebaikan yg dilakukan...
Hanya ALLAH yang tau... siapa yg layak kembali ke tempat asal dengan amalan2 yang dibawa...
Percaya la ujian ALLAH berikan kepada kita adalah tiket yg terbaik untuk kite terus sabar, tabah menghadapi ujianNYA, dan pada masa yg sama, terus menerus bersyukur dengan apa yang kite dapat daripada-NYA...  pasti ada hikmah yang terbaik dari setiap ujian yg ada...

Saya mengingatkan diri saya yg lemah ini,
Dan anda2 yg sudi membaca, supaya kite setiasa  ada ‘batas’ dalam melayari kehidupan sementara ini, Saling mengingatkan antara satu sama lain, dan jauhi dari sifat mazmumah...
Biar kite sama2 seiring ke syurga bertemu kekasih abadi... aminnn...

Batas-MU terbaik untukku didunia ini dalam mencari jalan yang lurus menuju Syurga abadi.. 

Wednesday, November 14, 2012

sabar itu indah


cuba tengok gelagat n perwatakan org marah tu
mesti muke dia stress kn,
cuba kite bayangkn bile kite marah
mesti sama cm tu gak kn...

pada satu masa n ketika 
setiap org termasuk saya akan rasa untuk marah
jika apa yg kita cuba sampaikan, lakukan tidak berhasil, org lain xpaham dan banyak2 lagi...
marah itu mula timbul
tapi jika kesabaran disulam dalam diri dengan ingat ALLAH 
pasti kita tidak meluahkan sewenang2nya kemarahan n kebencian itu pada org...
marah je terus istigfar.. 

perasaan itu Allah beri...
tapi kene ingat marah bukan kerana Allah pasti syaitan suka
siap bisikan n bakarkn lagi semangat kemarahan itu
sampaikan bergaduh, berpecah belah
suka kah macam tu??

saya mengigatkan diri saya n berkongsi dgn kawan2,
kerana saya insan biase juga,

bila marah2 sangat2,
cuba kite tahan
lakukan sesuatu sama ada ubah kedudukan,
berhenti bercakap seketika,
kemudian banyakkan berzikir n berisghtifar,
dengar penjelasan org yang sedang membuat anda marah itu sehabis2nya
setelah itu barulah menjawab setiap permasalahan...

xrugi satu pun bila tahan marah,
malah kite telah membina benteng pertahanan dalam nafsu amarah daripada terus
dijajah oleh hasutan syaitan...

indah sungguh nilai kesabaran
ada pertelingkahan pasti terlerai dengan pendamaian
ada kepincangan pasti musnah dengan kesefahaman

yang paling penting hati sendiri pun bahagia...

salam tahun baru maalhijrah....