thanks.....

thanks.....

Translate

Terukir satu kata, tersemat dalam jiwa...

Tiap kata yang tertulis, penuh dengan kasih sayang,
penuh erti kehidupan,

setiap kata yg diungkap, setiap kata yang tercoret adalah tanggungjawab yang harus dipikul yang akan dihitung satu masa nanti...

kata2 itu amanah ALLAH...
moga dapat disampaikan dengan baik...
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran...

terima kasih melawat blog ini... jemput datang berkunjung lagi...

Tuesday, May 26, 2009

ini la atiqah

my happy family.. (mereka adalah insan yg sentiasa menceriakan kehidupanku...)




nama diberi nurul atiqah bt ramli...
inilah saya dulu kini dan selamanya
sentiasa tersenyum walau ape jua keadaan yang saya tempuhi,,,
(senyuman padaku adalah simbol kekuatan diriku,,,.)kerana dengan senyuman dapat memberikan ketenangan kepada diri saya,, n saya mengharapkan dgn senyuman ini mampu membuat org disekeling sama2 tersenyum dan senang bersama saya...















aku adalah diriku,, percaya pada diriku sendiri,, n sentiase bersedia menghadapi ape jua cabaran dan dugaan dalam hidup ini,, kerana aku percaya ada hikmah disebalik apa yang telah ditentukan oleh-NYA..






rase2nye gambar mane lebih ok??? pakai speck ke x??? (sje je nk tanye,,hehehhehe)

Latihan Practikal...

dapat LI kt mardi ni,, best gak,, sbbnye dpt aplikasi ape yg belajar ttg post harvest,, selain 2 dpt gak aku belajar ttg microb,, n something else,,
org2 kt sini sporting,, x kedekut ilmu,, n sentiase bersedia mengajar kiteorg (aku n kwn2 aku).. kadang2 2 ade gak kakitangan kt sini yg x ok gak,, tp kdg2 je r,,, 2 membuatkn kiteorg belajar utk lbh memahami n bnyk bersabar melayan kerenah manusia kt sini,,,
aku bt eksperimen lain skit dr member2 lain,, jd supervisor aku cik aida rjin r bw aku g jln,, hari 2 g serdang cari buah tuk pameran, g putrajaya dgn assistant cik aida,,kak yah, n sorg RO. en reza. bleh gak aku tgk dunia luar dr mardi ni,,,

putrajaya...emmmm




LI2 gak,,, ade mse g jln2,,,.. 1st time g putrajaya agak kagum gak tgk bangunan n senibina kt situ,,, dpt ambil 1,2 gmbr jd la.. 2 pun mujur ade org nk be g jln,.

Tuesday, May 5, 2009

latihan industri...Praktikal MARDI Serdang

mcm2 kenangan yg sedih tp bila diingatkn blek amat melucukan praktikal dihari pertama bersama 7 rakan lain, lis, aini, kak mah, kak ain, kak nor, kak zu n kak siti..
hari pertama kiteorg boring gak sbb xde bt ape sgt,,, tp kiteorg ade cite yg amat lucu walaupun sebenarnye amat menyedihkan... g mardi jln kaki, panjat bukit dh mcm survivor plak..--hanye km berlapan dapat merasai kenikmatannye..keriangan dan kedaifan bercampur baur.. menjadikan hari pertama yang dilalui cukup2 menghiburkan,,, walaupun kaki dh sakit dek kerana berjalan mencari arah tujuan LI..

Sunday, April 26, 2009

Program Hari Bumi Sedunia Kor-SISPA UMT

LATAR BELAKANG PROGRAM

Sambutan Hari Bumi Sedunia disambut oleh masyarakat dunia pada tanggal 22 April setiap tahun. Bagi masyarakat Malaysia, sambutan Hari Bumi Sedunia dianggap asing dan hanya segelintir sahaja yang meraikannya. Justeru itu, bagi melahirkan rasa cinta dan sayangkan bumi ini, Program Hari Bumi ini dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu dan diberi nama Program Hari Bumi Sedunia SISPA UMT sebagai satu platform untuk melahirkan ramai pencinta alam sekitar dari kalangan SISPA dan warga UMT. Program Hari Bumi SISPA disambut dengan kerjasama HEPA UMT dan bahagian Penyelaras SISPA.


LAPORAN PROGRAM HARI BUMI SEDUNIA SISPA UMT


7.00pagi Anggota SISPA dan pelajar UMT berkumpul di gelanggang asrama untuk membuat pendaftaran sebagai peserta program. Seramai 78 orang peserta melibatkan diri dalam program ini.

7.15pagi Pengarah Program Mohd Redwani bt Mohd Jasni telah memberikan taklimat kepada para peserta supaya program ini dapat berjalan dengan lancar dan para peserta lebih memahami matlamat program.

7.30pagi Sebelum program bermula, aktiviti senamrobik dijalankan dan Mohd Hafiz b. Abdul Aris telah mengetuai aktiviti senamrobik.

8.00pagi Kemudian, para peserta bertolak ke lokasi Program Hari Bumi Sedunia SISPA UMT iaitu di Pantai Tok Jembal.

8.15pagi Di Pantai Tok Jembal, penyelaras SISPA Kapt. (PA) Mohd Juhari bin Abd. Kadir memberikan sepatah dua kata dan merasmikan Perasmian Program Hari Bumi Sedunia SISPA UMT. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana sudi meluangkan masa berbakti sebagai pencipta alam sekitar. Disamping itu, beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Bagi memberkati majlis, Mohd Zulhilmi bin Ibrahim anggota SISPA memimpin bacaan doa.

8.45pagi Bagi memberikan tenaga untuk melaksanakan program ini, sarapan pagi telah disediakan kepada para peserta program.

9.00pagi Aktiviti gotong royong bermula. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan aktiviti gotong royong. Cuaca bukan penghalang kepada para peserta untuk meneruskan gotong-royong sempena Program Hari Bumi Sedunia SISPA UMT. Kesungguhan dan semangat kerjasama membersihkan kawasan pantai ditonjolkan oleh para peserta bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap alam semulajadi. Kesempatan ini juga digunakan sebaik mungkin untuk menabur bakti kepada bumi tercinta dan rasa syukur atas nikmat kurniaan-Nya. Kawasan sepanjang Pantai Tok Jembal telah dibersihkan. Semua sampah sarap yang dikutip dikumpulkan di satu tempat.

11.30pagi Setelah siap membersihkan kawasan persekitaran Pantai Tok Jembal, para peserta berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Walaupun kepenatan tergambar diwajah para peserta, namun rata-ratanya melahirkan rasa puas hati apabila melihat kawasan sekitar Pantai Tok Jembal yang kerap dikunjungi selama ini begitu cantik dan bersih setelah dibersihkan berbanding sebelumnya.

11.45pagi Persiapan untuk majlis ‘barbeque’ dijalankan selepas peserta berehat dari kepenatan.AJK makanan telah menjalankan tugas menguruskan persiapan untuk ‘barbeque’. Para peserta turut membantu menghidupkan bara api dan memanggang ayam. Aktiviti ini dijalankan secara bermuafakat dalam suasana yang ceria walaupun cuaca panas terik.

12.30tghari Selesai `berbeque’, para peserta dijamu dengan ayam `berbeque’ dan makan tengahari.
1.00ptg Majlis Penutup
1.10ptg Bersurai pulang ke Asrama.

Hari bumi Hijau Sedunia anjuran Kor-SISPA UMT



























Thursday, April 9, 2009

Kunjungan Amal

KUNJUNGAN SIRI 1... ANJURAN ECXO LAWATAN BERKALA KELAB PENYAYANG


Kenangan manis bersama adik2...


senyum2... comeiii....



posing skit... ada org ambik gmbr la..


abg fasi dlm group ni antara fasi yg mantap (berjaya tarik ramai adik2 msk kumpulan dia)... caya la


bersama dgn adik2..



Abg2 fasilitator yg sgt sporting n lucu...


tgk adik2 2, ape yg diborakkn agaknye...

kunjungan ke umah anak yatim Darul Falah... kunjungan bersama AHLI2 KELAB PENYAYANG dibawah pengurusan EXCO LAWATAN BERKALA KELAB PENYAYANG mebawa seribu satu pengertian.. kedatangan kami disambut dgn tangan terbuka oleh adik2 disana.. sporting n ceria... diorg nampak tabah.. membuatkan seorg berfikir...

walaupun diorg kekurangan sesuatu tapi kecerian sentiasa tergambar di wajah saat pertama kali bersua... sebagai menghargai kesetiaan adik2 bersama kami,,, beberapa aktiviti diatur.. aktiviti2 ni hanye bertujuan utk merapatkn hubungan, merapatkn jurang , n lebih memahami jiwa adik2 ni.. sesungguhnya disebalik senyuman yang tergambar itu pasti ada kesedihan yg tersimpan.. aktiviti ini berjalan dgn jayanya..