thanks.....

thanks.....

Translate

Terukir satu kata, tersemat dalam jiwa...

Tiap kata yang tertulis, penuh dengan kasih sayang,
penuh erti kehidupan,

setiap kata yg diungkap, setiap kata yang tercoret adalah tanggungjawab yang harus dipikul yang akan dihitung satu masa nanti...

kata2 itu amanah ALLAH...
moga dapat disampaikan dengan baik...
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan pengajaran...

terima kasih melawat blog ini... jemput datang berkunjung lagi...

Monday, April 29, 2013

Perasaan itu


Tersentap oleh satu perasaan yang tak boleh diterjemahkan melalui kata2...
Perasaan yg dtg dengan persoalan2 kehidupan...
Mengapa aku disini, apa tujuan?
Apakah yg aku lakukan dalam hidup ini?
 Untuk agamaku, bangsaku n negaraku?
Untuk mak n ayah? Untuk setiap org yg hadir dalam hidupku?
Adakah bermanfaat setiap kelakuan n tingkah lakuku...
Perasaan ini membuatkan aku merasa begitu kecilnya diri ini,
Jauhkan aku dengan NYA??
Adakah ni sebuah kesedaran untukku?
Perasaan ini membuatkan aku lebih menghargai setiap detik aku disini
Perasaan ini membuat aku merasa kecukupan dalam setiap yg diberi
Perasaan ini bt aku jadi lebih terbuka dalam setiap persoalan n keputusan dalam tindakan yang dibuat...
Perasaan ini cukup halus, merintih2 dalam hati, bertahan kelopak mata menadah air mata supaya jangan tumpah...
Aduh...sesak seketika dada dipagi hari ini..
Mungkin inilah kesedaran yg MAHA PENCIPTA anugerahkan padaku supaya aku lebih bersyukur, redha n jangan putus asa....
Kerana aku masih hidup!
Masih boleh bernafas!
Masih boleh berjalan, melangkah satu persatu!
Otakku masih berfungsi dgn baik sekali!
Aku punya teman sekeliling yang baik n selalu ingatkn aku untuk mendekatkan diriku kepada Sang Pencipta n ikuti sunnah Rasulullah,
Aku punya teman yang selalu membantu susah n senang,..
Siapakah temanku?
Setiap org yang hadir dalam hidupku....

YA Allah istiqamahkan la kami saling pesan memesan, tegur menegur dalam setiap masa untuk sentiasa mengingati-MU, sebagai persiapan untuk kami sebelum dijemput oleh-MU meninggalkan dunia yg sementara ini... moga kami semua bertemu di syurga-MU..

Syukurku pada-MU dengan perasaan yang KAU berikan ini....
Moga kecintaanku pada-MU terus mekar dalam hatiku... 

Friday, April 19, 2013

Ikut rentak Illahi


(Berbicara dalam hati....mengispirasi diri sendiri)

Bulan 4 yg mendewasakan
Teruskan perjuangan
Jgn lupa diri
Ingat Allah....
dan sunnahtullah
teruskan istiqamah 
kekalkan kesetiaan pada-NYA
Semuanya akan berjalan lancar... jika Allah mengatakan sesuatu itu jadi, maka jadi lah ia...
Sabar menempuh semua ini... berharap hanya pada Allah
Percayalah perancangan Allah adalah yang terbaik...
Hidup yang mendewasakan
Moga segalanya bermanfaat dan memberi seribu satu sinar dalam kehidupan masa akan datang

Jika ingin dapat anak soleh dan solehah maka masa bujang lagi dh berdoa pada Allah untuk dpt anak soleh n solehah, cari calon pun yg soleh n solehah moga dpt jadi ibu n ayah yg baik untuk anak2 n dapat memberikan pendidikan anak2 yg terbaik....

So, konsep sama juga.... nk berjaya dalam hidup n jadi seseorg dalam kontek kerjaya...
Di mana kita? Bagaimana? Bila kita akan mulakan langkah itu?
Buka minda.... buka hati.... biar minda n hati mengikut rendak Illahi...

Percaya pada diri n kemampuan diri.... Allah knows what we deserved to get....

(angkat muka, pandang kehadapan, genggam tangan and say, ‘yeah i can do it!’)


Alhamdulillah,
berjaya menakluki puncak gunung Tebu...
(aktiviti yg menginspirasi diri sendiri)
Best of luck, untuk diri sendiri dan kawan2 juga =)

Wednesday, March 27, 2013

DIA lebih tahu


Sesungguhnya ALLAH itu MAHA Mengetahui
 Apa yg terbaik untuk hamba-NYA
Allah bagi dua side situasi dalam satu masa
Dalam situasi itu satunya adalah ujian n satu lagi adalah nikmat
Dia menguji adakah kite ni betul2 setia....

Bagaimana kita mengedalikan ujian itu berlandaskan kesetiaan kita?
Adakah kesetiaan itu terjejas?
Bagaimana kita berfikir? Mengaitkan dunia ni dgn kebaikan akhirat?
Bagaimana kita menjaga hubungan kita dengan Sang pencipta?
Dan bagaimana kita menjaga hubungan antara manusia?
Dimanakah kita meletakkan Allah ketika situasi itu berlaku?

Allah berikan nikmat pada hamba-Nya pula dicelahan2 ujian
Sebagai ruang dalam keserabutan supaya kita sedar
Allah tidak akan menguji hamba-Nya dibawah kemampuan mereka
Dia sulamkan ujian dan nikmat pada masa yang sama
Dimana dia lebih mengetahui adakah dengan ujian yang diberi,
hamba-NYA ini bersyukur ke tidak?
Adakah manusia ini memikirkan tetang ujian didepan mata sehingga
Terlupa nikmat sekeliling yang Allah berikan?

Begitulah manusia,
Bila ada masalah kadang2 kita rasa susah sgt
Mempersoalkan kenapa Allah uji aku macam ni?
Sedangkan pada masa yg sama Allah berikan nikmat dalam bentuk lain

Contoh:
(kita susah dalam pembelanjaan, wang
Tapi kita ni semua org senang dengan kita,
Sentiasa memberi keceriaan pada orang ni la yg dikatakan nikmat
Bagaimana kiranya dah la susah dgn kewangan
Org sekeliling itu plak xsuka dgn kita.. xke susah?)

Jadi means pointnya SYUKUKUR LAH.....

Bersyukurlah dengan setiap nikmat yg diberi moga kita sentiasa meletakkan kecintaan kepada Allah didalam hati... 

Sabar, tabah, cekal menghadapi ujian Allah n bersyukur atas ujian itu.... moga kesetiaan kita terus utuh

INGAT: HIKMAH Allah itu besar nilainya bg org2 yg SABAR....

Peringatan terbaik untuk diriku dan kawan2 ku juga =)

Sunday, March 17, 2013

Dia Maha tahu


Kepada Allah aku datang n kepada Allah aku akan dikembalikan
hari ku penuh mencabar jiwa n sanubari...
Aku tahu Allah maha mengaturkan setiap sesuatu, dan pada setiap sesuatu itu pasti ada kebaikannya

Ya Allah tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang
Aku berlindung darimu dari segala penzaliman, kekurangan, penindasan manusia dan dari segala malapertaka yang menimpaku...
Aku mohon hanya padaMU...kekuatan dalam menempuhi segala ujian ini....
Ujian kau berikan tanda kau sayang kn aku, Ku mohon padaMU ya Allah moga terus tabah sabar n cekal menghadapi ujian ini...
Moga rahmatMu sentiasa ada bersamaku....

sesungguh-NYA Allah MAHA mengetahui...

Tuesday, March 12, 2013

Ampunkan daku


Ya Allah kiranya diri ini banyak dosa, ampunkan la dosaku,..
Tunjukkan la aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai..
Mungkin dalam tidak sedarku, aku telah membuat dosa padamu,
Menyebabkan hatiku rasa gusar seketika,
Bersihkan la hatiku ni ya Allah, yang maha kaya, maha memahami,
Aku insan biasa yang sentiasa berusaha meletakkan cinta-MU tertinggi dalam hati-ku
Janganlah kiranya engkau tarik perasaan itu
Kerana tanpa cinta-MU aku bukan sapa2,
Izinkan lah cinta-MU terus mekar dalam hatiku....
Aku rindu pada-MU ya Rabb.. 

Monday, February 18, 2013

Setia dengan-NYA


Aku tetap akan terus setia dengan-NYA
Allah tidak akan  menguji hamba-NYA dibawah kemampuan makhluk ciptaan-NYA
Disebabkan itu jugalah aku bersyukur atas ujian yang diberikan..Walaupun diuji dengan beberapa perkara duniawi, namun, aku masih lagi sihat, mampu berfikir dengan waras, boleh melihat dengan baik, masih disenangi oleh orang disekeliling, dan yang paling penting masih diberi kesempatan untuk terus melakukan amal kebajikan dalam mencari keredhaan Illahi....
Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang aku sendiri tidak sedari disebalik resam duniawi ini... Yang pasti keyakinan tu bertambah kuat tatkala diuji dan aku merasa dekat dengan Illahi, Aku pasti Allah sentiasa ada bersamaku....
Disebalik ujian ini, aku lebih menghargai setiap apa yang ada disekilingku...
Lebih menghargai erti nikmat Kesihatan, kasih sayang, kekeluargaan, persahatan, nikmat kesempatan dan nilai masa...
Dan dari ujian ini jugalah, kekuatanku terus utuh bersama-NYA...aku harapkan hubunganku dengan yang Maha Pencipta berterusan selama-lamaNYA...



“Hidup ini adalah perjalanan yang mendewasakan,
dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan,
Ikhlaskan hati, sebarkan kasih sayang sesama insani,
manfaatkan la setiap detik masa, ilmu pengetahuan dan harta kurniaan Illahi ke jalan yang diredhai.
Moga redha Illahi sentiasa ada menemani perjalanan yang bakal kita akhiri.
Moga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati dan rahmat Illahi sentiasa memayungi.

p/s: Kesetiamu kehargai, mak dan ayah, terima kasih. “
~Nurul Atiqah Ramli~

Tuesday, February 12, 2013

simple gathering but awesome


singkat, ringkas tapi padat.... 
penuh kasih n sayang 
itu yang lebih utama...

se busy manapun kita,
masa bersama keluarga perlu ada,
biar sekejap,
tapi jadikan ianya bermanfaat...

hargailah masa bersama keluarga...


p/s: saya sangat sayangkn keluarga saya kerana Allah
miss u all..
moga sama2 menjaga silaturrahim hingga ke syurga... aminn 

Saturday, February 2, 2013

Persahabatan dan kasih sayang

Dengan siapa kita berkawan, mempengaruhi corak pemikiran dan tingkah laku kita.... 
berkawan dengan orang yg negetif pemikirannya cenderong untuk kita menjadi negetif dan 
berkawan dengan orang yang positif  dan penuh kasih sayang sedikit sebanyak memberi impak yang baik dalam hidup kita....  

kebiasaannya la kan.....

Namun, jika kita punyai jati diri yang kukuh, bagaimana skalipun kawan disekeliling, meskipun seorang itu negetif pasti tidak akan menggugat kita.... 
haaaa... Jati diri ini lah penting.....
silap haribulan, kawan itu yang ikut cara kita... 
kalau ikut menjadi positif, Alhamdulillah.... 
kita lah yang jadi role model positif untuk mereka.... 

Jadi, berkawanlah dengan ramai orang supaya kita dapat belajar mengenali perwatakan manusia dan mengambil kebaikan dan pengajaran disebalik perwatakan mereka....

Janganlah takut untuk bersahabat, pasangkan jati diri seutuhnya....
pegangan agama kene mantop....
InshaaAllah sesiapapun kawan, sahabat kita nanti pastinya membawa seribu satu kebaikan dunia n akhirat...

sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak kawan kn... 
jika ada salah silap , orang kata bende kecik jangan diperbesarkan...
jadi sama2 lah jaga hubungan itu...
mana tak nya, 
kawan2 ni dah macam adik beradik kot
kita belajar jauh dari mak n ayah n adik beradik,
orang yang paling dekat kita boleh minta pertolongan daripada kawan2 la...

Jadi hargailah kawan2.....

Bila dah ada kawan tu, doakan lah sama2 kejayaan dunia n akhirat...
berterima kasih lah pada mereka dan Syukur pada Allah,
kerana Allah jadikan mereka untuk menceriakan kehidupan kita didunia
Moga persahabatan terjalin kekal hinggal ke SYURGA.... 





p/s: kepada kawan2 saya semua, saya sayang korang semua... terima kasih kerana setia bersama saya.... moga persahabatan ini membawa kita ke Syurga bersama2...